Al-Fawasil ialah ilmu yang menceritakan bilangan ayat-ayat al-quran dan perkara yang menjadi khilaf ulama’ yang disusun untuk memudahkan dari segi pembacaan ayat Al-Quran dan juga pencarian awal ayat dan akhir ayat.
Al-Fasilah :
Ialah akhir kalimah pada ayat. Contoh : ( العالمين — نستعين — مائب --- ( بصيرا
Faedah mengenali fawasil :
1) Bagi sahnya solat.
2) Bagi mendapatkan pahala yang telah dijanjikan.
3) Bagi sahnya kutbah.
4) Mengetahui tempat berhenti awal ayat.
5) Mengetahui seni al-Quran dalam ilmu qiraat seperti imalah dan lain-lainya.
Bilangan ulama’& ayat Quran :
1) Madani awal : 6217 (bagi ahli madinah)
: 6214(bagi ahli basrah)
2) Madani akhir : 2614
3) Makki : 2610
4) Basri : 2604
5) Dimasyqi : 6227 @ 6226
6) Himsi : 2632
7) Kufi : 6232
Rumus fawasil :
- Hijazi : Madani Awal,Madani Akhir dan Makki.
- Syami : Dimasyqi dan Himsi.
- ‘Iraqi : Basri dan Kufi.